Balai Polis Belaga musnah terbakar

BELAGA: Deretan bangunan Balai Polis Belaga musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan tentang insiden yang beralamat di Lot 14, Blok 1 Belaga itu kira-kira 1:19 petang.

Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai PBK II Stephent Plen telah dikerah ke lokasi kejadian.

Difahamkan, perjalanan mengambil masa empat jam menggunakan pacuan empat roda.

Dalam masa yang sama, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Belaga turut dimaklumkan untuk tindakan awal.

Sementara itu, Koperal Linda Jaraw menyatakan, kebakaran memusnahkan banyak barang yang gagal diselamatkan ekoran asap tebal dan api marak.

Suara Sarawak