ARTIKEL

Balai Polis Padawan perlu fasiliti, kemudahan untuk tangani kes jenayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan diharap mempertimbangkan untuk menambah fasiliti dan kemudahan di Balai Polis Daerah Padawan.
 
ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, pasukan polis Padawan hanya mempunyai dua kenderaan untuk tujuan rondaan meliputi kawasan yang luas antara Batu 17 Padawan sehingga ke kawasan Telaga Air.
 
“Kekurangan kemudahan ini telah menyebabkan peningkatan jenayah terutamanya pecah rumah dan kecurian pada siang dan malam,” katanya ketika berucap pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
 
Selain itu Khere Chiang turut menggesa agar wakil rakyat di kawasan Padungan dan Stampin menangani isu tersebut di Parlimen dan menyediakan sokongan serta sumber yang diperlukan.
 
“Sekurang-kurangnya 10 kenderaan baharu, bukan kenderaan lama yang dihantar dari Semenanjung Malaysia ke balai polis Padawan untuk membuat rondaan dengan berkesan di taman perumahan sekitar Padawan dan DUN Stampin,” tegasnya.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU