Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Baling cermin pintu, pemandu lori didenda RM1,800

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman denda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat.

Tertuduh Mohammad Nazmi Jem, 39, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja melakukan khianat merosakan harta benda milik sebuah kafe hingga menyebabkan kerugian RM200 dalam satu kejadian di Metrocity, Jalan Matang, sekitar jam 11.15 pagi, 12 Oktober lepas.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, semasa kejadian seorang lelaki yang dikenali telah datang ke kafe anak pengadu lalu membaling seketul bata ke arah cermin pintu tetapi terkena ke dinding pintu hingga menyebabkan kerugian sekitar RM200.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru