ARTIKEL

Hendrawan

BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki menjadi tanda tanya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Adakah kedudukan tiga jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, iaitu Hendrawan, Datuk Tey Seu Bock dan James Chua, tergugat?

Persoalan itu timbul selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengiklankan di Facebook hari ini bahawa mereka sedang mencari tiga jurulatih perseorangan lelaki untuk skuad senior.

“Mari, sertai keluarga BAM dan berkhidmat untuk negara,” katanya.

Pengarah Pengurusan BAM, Michelle Chai ketika dihubungi BERNAMA, berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada proses biasa, sebagai persediaan bagi pembangunan masa hadapan.

Datuk Tey Seu Bock

“Ketika ini, mereka masih ada kontrak bersama kita. Kontrak James akan bersambung hingga Julai, manakala kontrak Hendrawan dan Seu Bok akan tamat hujung tahun ini.
 
“Iklan ini hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga. Jika pada bulan Januari nanti kita mahu ambil jurulatih baharu, kita hanya perlu bersedia bagi sebarang kemungkinan,” katanya.

Michelle berkata jika seorang jurulatih baharu menyertai BAM, mereka akan ditawarkan kontrak bagi tempoh antara dua hingga empat tahun.

Seu Bock sudah bersama BAM sejak 2002, manakala Hendrawan sejak 2009.

James pula mula berkhidmat dengan BAM pada 2022. – BERNAMA

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri