ARTIKEL

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria

BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus ‘hidup’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memastikan dua wakil negara tampil dalam setiap kategori di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) selepas menyaksikan hanya satu wakil negara dalam setiap kategori layak ke temasya di Paris, Julai nanti.

Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata impian berkenaan belum tercapai justeru memerlukan komitmen semua pihak dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara di temasya itu.

“Kita punya sasaran untuk dapat dua wakil bagi setiap kategori masih belum tercapai. Apapun ia masih pencapaian membanggakan (satu wakil setiap kategori).

“Kalau boleh kita lipat gandakan dan memohon pihak kerajaan bantu terutamanya melalui program Road to Gold (RTG) supaya kita dapat realisasikan dua wakil di perseorangan lelaki dan wanita selain bagi kategori beregu (lelaki, wanita, campuran),” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Media Sukan Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik di sini semalam.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai nama atlet layak ke Olimpik Paris 2024, menyaksikan lima wakil negara iaitu perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Goh Jin Wei (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) berjaya tersenarai menggalas cabaran pada temasya sukan yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Selain itu, turut sama dalam kontinjen negara beregu wanita Pearly tan-M Thinaah dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Sementara itu, Mohamad Norza yakin lima pemain yang membuat penampilan kali pertama di pentas Olimpik tidak berdepan masalah untuk menyerap tekanan.

“Bagi kita, Jin Wei (perseorangan wanita), Pearly-Thinaah (beregu wanita) dan Tang Jie-Ee Wei, mereka sudah mendapat pendedahan cukup (sertai kejohanan besar) dan tak beri tekanan hebat.

“Tekanan itu sebaliknya untuk mereka realisasikan supaya sukan badminton kekal menjadi kebergantungan rakyat Malaysia di samping sukan berbasikal,” katanya.

Sepanjang penyertaan di pentas Olimpik sejak 1964, Malaysia meraih 13 pingat keseluruhan dengan sembilan daripadanya hadir menerusi sukan badminton (enam perak dan tiga gangsa). — BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri