ARTIKEL

Dr Sim (berdiri tengah) mewakili Abang Johari bersama tetamu kehormat lain menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada Sidang Kemuncak KSC di sini hari ini.

Bandar Pintar Kenyalang asas kepada masa depan Sarawak sebagai negeri maju, berpendapatan tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Bandar Pintar Kenyalang (KSC) bakal menjadi asas kepada masa depan dalam usaha menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi di Malaysia.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bagi merealisasikan pelaksanaan KSC ini, ia memerlukan perancangan yang betul serta terperinci.

“Perancangan bandar telah berkembang daripada hanya membina rumah kedai dan kawasan kediaman kepada satu konsep yang bijak serta bersepadu dan juga ke arah kelestarian.

“Kita dapat melihat perkara ini berlaku dalam perancangan dan pembangunan KSC ini dengan pelbagai unsur yang telah disusun, termasuk sebuah universiti bertaraf tinggi dari China dan pusat konvensyen.

“Justeru, saya mengucapkan tahniah kepada arkitek yang ditanggung Sarawak, Teo Ah King, kerana meletakkan semua unsur yang saya yakin akan menjadikan KSC ini sebagai bandar pintar dan selesa untuk didiami,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Sidang Kemuncak KSC di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau yakin bahawa model pembangunan mampan KSC memberi fokus kepada kesejahteraan komuniti.

Jelasnya, ia dibuktikan melalui reka bentuk seni binanya yang menggabungkan tenaga bersih dan taman inovasi dengan penyediaan fasiliti pendidikan dan kesihatan.

Sementara itu, beliau juga berkata bahawa majlis yang diadakan ini adalah bukti keyakinan serta kepercayaan para pelabur terhadap dasar ekonomi Sarawak seperti yang termaktub di dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“PCDS 2030 telah dirumuskan dengan input dari sektor swasta untuk membawa ekonomi Sarawak ke peringkat seterusnya bagi mewujudkan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan pelindungan alam sekitar.

“Kita telah meletakkan Sarawak di peta dunia sebagai dorongan dunia terhadap dekarbonisasi, dan ekonomi hijau telah mengiktiraf pendekatan Sarawak untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif perubahan iklim global.

“Ia terbukti apabila saya dijemput oleh pihak berkenaan untuk berkongsikan pandangan dan pengalaman kita tentang ekonomi hidrogen dan ekonomi hijau, dengan ceramah terakhir saya pada Persidangan Tenaga Masa Depan Asia di Bangkok baru-baru ini.

“Selain itu, pelabur dari Korea dan Jepun juga memperkukuhkan komitmen mereka untuk melabur di Sarawak dalam ruang tenaga hijau dan boleh diperbaharui.

“Pelabur dari negara lain, seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Eropah dan Amerika, juga menyatakan minat mereka untuk melabur di Sarawak secara langsung atau melalui penyertaan ekuiti,” jelasnya.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual