ARTIKEL

Bandaraya Kuching dijadikan model – Walikota Pontianak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PONTIANAK: Bandaraya Kuching diangkat sebagai model untuk memastikan pembangunan pelancongan di Pontianak bergerak dengan efisien.

Wali Kota Pontianak Edi Rusdi Kamtono berkata, lawatan beberapa kali ke Kuching mencetuskan idea dalam projek pelancongan yang dapat diadaptasi di sini.

“Ambil contoh Tebingan Sungai Kapuas di sini, kita turut ambil contoh Tebingan Sungai Kuching dan mungkin negara-negara lain.

“Tetapi konsepnya kita usahakan tetap tidak menghilangkan keaslian kawasan berkenaan dan kondisi yang kita mahu tetap sepadan dengan kebudayaan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Walikota Kota Pontianak pagi tadi.

Jelasnya lagi, pembinaan Tebingan Sungai Kapuas ini dijalankan secara bertahap dan dijangka siap pada 2025.

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pembukaan sempadan setelah COVID-19 juga akan meningkatkan lagi produk pelancongan antara dua kawasan ini.

“Pergerakan sudah tiada masalah kerana ada beberapa kawasan sempadan yang sudah dapat diakses.

“Kita boleh kembali menganjurkan acara sukan antarabangsa untuk membawa lebih ramai masuk ke sini dan kerjasama perlu diadakan supaya ia dapat direalisasikan.

Turut hadir Konsul Malaysia di Pontianak, Azizul Zekri Abd Rahim.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC