ARTIKEL

Banduan mati gantung diri di Penjara Pusat Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang banduan lelaki ditemui mati menggantung diri di Penjara Pusat Sibu, di sini.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 4.13 pagi, Ahad lalu.

“Balai Polis Sentral Sibu menerima laporan daripada warden Penjara Pusat Sibu yang memaklumkan banduan lelaki berusia 52 tahun telah ditemui mati dipercayai menggantung diri di sel Pusat Transit Penerimaan (PTP), Penjara Pusat Sibu, Jalan Awang Ramli Amit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli menambah kematian banduan itu turut disahkan oleh paramedik dari Hospital Sibu.

Sehubungan itu, beliau berkata kertas siasatan dibuka dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BERITA LAIN

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU