KUCHING: Segulai Sejalai yang bermaksud seiring sejalan digunakan sebagai cogan kata perpaduan di seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjurus kepada usaha menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan latar belakang.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia satu penghargaan buat Sarawak kerana segulai sejalai itu membawa makna yang mendalam mengenai perpaduan.
“Seiring sejalan bersama-sama memupuk perpaduan menjurus kepada usaha yang sedang dijalankan oleh beliau dalam menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis RayaNgiling Bidai Gawai Dayak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) 2023.
Tambah Abdul Karim, pelbagai isu berkaitan agama dan bangsa ekoran daripada politik yang agak melampau dalam pandangan-pandangan tertentu tetapi Anwar melihat apa yang berlaku di tempat lain tidak berlaku di Sarawak.
Perdana Menteri kita menerima pakai cogan kata segulai sejalai yang sering kita gunakan dimana-mana sahaja semasa sambutan Hari Gawai,”katanya.