ARTIKEL

Kakitangan SFC membawa bangkai ikan lumba-lumba yang dijumpai di pantai berhadapan Union Yes Retreat & Training Centre @ Siar pada Rabu lepas. Foto: FB SFC

Bangkai anak lumba-lumba dibawa ke Taman Negara Gunung Gading untuk penyelidikan, siasatan lanjut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Bangkai seekor anak ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai berhadapan Union Yes Retreat & Training Centre @ Siar pada Rabu lepas dibawa ke Taman Negara Gunung Gading (GGNP) untuk siasatan lanjut.

Menurut hantaran Facebook Sarawak Forestry Corporation (SFC) semalam, penyelidikkan dan siasatan dilakukan ke atas penemuan bangkai tersebut.

“Bangkai ikan lumba-lumba itu ditemui oleh seorang kakitangan daripada Union Yes Retreat & Training Centre @ Siar, Fanddy Ahmad Rosli, sekitar 2.20 petang,” kata hantaran tersebut.

Sementara itu, SFC turut memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) Andrew Lo mengesahkan penemuan itu dan laporan juga dibuat kepada SFC sejurus penemuan.

Menurut Fanddy, bangkai ikan lumba-lumba itu mempunyai luka yang mungkin disebabkan oleh objek tajam.

“Bangkai tersebut dibawa ke GGNP untuk siasatan dan penyelidikkan diketuai oleh Ketua Bahagian Forensik Dan Sumber Genetik Flora Dan Fauna SFC, Azroie Denel.

“Sehubungan itu, SFC menzahirkan penghargaan kepada orang ramai atas kewaspadaan mereka dalam melaporkan kejadian itu.

“Ini kerana, tindakan itu penting dalam usaha pemuliharaan kehidupan marin di Sarawak,” kata hantaran berkenaan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bangkai terbabit dijumpai oleh Fanddy terdampar di pantai dengan mempunyai kesan luka.

Menurut laporan tersebut, Fanddy juga segera menghubungi SFC selepas menemui bangkai itu sekitar jam 2.20 petang pada hari kejadian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke