ARTIKEL

Bangkit penuh dramatik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SELEPAS ketinggalan 1-3 kepada Republik Kyrgyz atau Kyrgyzstan Khamis lepas, sudah pasti ramai dalam kalangan peminat bola sepak yang menyaksikan perlawanan di rumah menutup televisyen kerana kecewa dengan keputusan semasa.

Berbekalkan rekod cemerlang di bawah Kim Pan Gon, harapan peminat Harimau Malaya agak tinggi untuk menyaksikan skuad negara mampu pergi jauh dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Beraksi di kandang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil, anak buah Pan Gon bermula garang pada perlawanan tersebut dengan menyaksikan Dion Cools mencetak jaringan menerusi tandukan hasil sepakan sudut diambil Arif Aiman.

Namun Malaysia ibarat hilang arah seketika hingga membolehkan pemain pertahanan Kyrgyzstan, Kayrat Zhyrgalbek menewaskan Syihan Hazmi untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-42.

Selang dua minit, Harimau Malaya terus tersentak apabila skuad kendalian jurulatih kelahiran Slovakia menghukum tuan rumah apabila penyerang Kyrgyzstan, Batyrkanov Ernist menjaringkan gol kedua.

Memasuki separuh masa kedua, tuan rumah terus ketinggalan 1-3 apabila Kyrgyzstan menggandakan jaringan ketiga menerusi pemain gantian, Merk Kai pada minit ke-57.

Pan Gon pantas membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Paulo Josue, Akhyar Rashid dan Endrick Dos Santos yang akhirnya membuahkan hasil untuk merapatkan kedudukan 2-3 selepas jaringan sendiri pemain Kyrgyzstan.

Stadium Nasional Bukit Jail kembali riuh pada minit ke-77 apabila Harimau Malaya berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Cools dengan tandukannya menewaskan penjaga gol gantian Kyrgyzstan, Kadyrbekov Kutman.

Pemain lincah, Faisal Halim muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan selepas Harimau Malaya sebelum itu ketinggalan 1-3.

Walaupun ia merupakan perlawanan pertama Kumpulan D dan perjalanan masih jauh untuk anak buah Pan Gon, pujian harus diberikan kepada pemain yang berjuang berhabis-habisan menentang pasukan berada pada ranking lebih baik.

Skuad Harimau Malaya juga menunjukkan kepada kita sebagai peminat yang mereka benarbenar bangga menyarung jersi kebangsaan.

Kita berharap prestasi menakjubkan ini dapat dijelmakan dalam perlawanan menentang Chinese Taipei di gelanggang lawan hari ini.

Berdasarkan statistik semasa, rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan lebih memihak kepada Chinese Taipei.

Malah istilah kebangkitan semula atau comeback bukan perkara mustahil sekiranya pemain dapat bermain sebagai satu pasukan dan mengikut perancangan taktikal dengan betul.

Ia mungkin bukan perkara mudah, namun skuad kebangsaan berjaya membuktikan mereka mampu melakukan kebangkitan semula walaupun menentang pasukan lebih bagus.

Sebenarnya kebangkitan semula dalam bola sepak berlaku di seluruh dunia.

Pada saingan Liga Perdana Inggeris 2011, Arsenal yang mendahului Newcastle 4-0 terpaksa akur selepas perlawanan tersebut berkesudahan seri 4-4.

Kelayakan Piala Dunia 2012 pula menyaksikan Jerman terikat 4-4 dengan Sweden.

Pada perlawanan ini, Jerman mendahului 3-0. Kebangkitan semula paling mustahil berlaku pada 1999 apabila Manchester United yang menentang Bayern Munich pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah

Sebelum melakukan kebangkitan semula menentang Bayern, Manchester United terlebih dahulu melakukannya pada perlawanan separuh akhir menentang Juventus.

Selain Manchester United, Liverpool juga berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah dengan kebangkitan semula pada 2005 di Istanbul.

Pada perlawanan ini, Milan mendahului dengan jaringan ketua pasukan Paolo Maldini sebelum jumlah tersebut ditambah oleh Hernan Crespo sebelum tamat seperuh masa pertama.

Seperti ‘disekolahkan’ pada babak pertama, kebangkitan Liverpool selepas rehat boleh dikatakan berpunca daripada persembahan luar biasa Steven Gerrard.

Gerrard berjaya menjaringkan gol pada minit ke-54 sebelum ditambah oleh Vladimir Smicer dua minit selepas itu.

Kemudian Liverpool dihadiahkan sepakan penalti.

Pada penentuan sepakan penalti, penjaga gawang Liverpool, Jerzy Dudek dengan cemerlang menyelamatkan tiga sepakan untuk Liverpool menjulang trofi berprestij Eropah tersebut.

Selain itu, kemenangan 4-0 PSG pada perlawanan pertama memberikan kesan kepada Barcelona, sehinggakan jurulatih mereka Luis Enrique ingin meninggalkan kelab berkenaan seminggu sebelum perlawanan timbal balik di Nou Camp.

Jaringan Luis Suarez dan gol sendiri oleh Layvin Kurzawa seakanakan memberikan sedikit harapan kepada Barca.

Selepas perlawanan bersambung, Messi menjaringkan sepakan penalti dan memberikan sedikit momentum kepada Barcelona.

Namun Edison Cavani berjaya mencetak satu gol selepas minit ke-60 membuatkan Barcelona mula goyah seketika. Neymar merupakan hero pada perlawanan berkenaan.

Sepakan percumanya pada minit ke-88 berjaya menewaskan penjaga gol PSG sebelum menyudahkan satu sepakan penalti.

Neymar turut menyumbang kepada gol terakhir mereka lima minit masa tambahan selepas hantarannya disudahkan oleh Sergi Roberto dan mengesahkan kemaraan Barcelona ke peringkat seterusnya.

Dalam bola sepak, selagi pengadil belum meniupkan wisel penamat, maka perlawanan masih berjalan dan peluang untuk menang masih ada.

Kita dapat saksikan, walaupun ketinggalan dengan jaringan besar, pasukan yang bijak menghidu kesilapan lawan sudah pasti memiliki kelebihan.

Lazimnya, pasukan yang mendahului cepat merasa selesa sehingga membenarkan pasukan lawan melakukan serangan bertali arus.

Keadaan ini menyebabkan pasukan yang selesa di depan mudah melakukan kesilapan dan membuatkan pasukan lawan menjaringkan gol demi gol.

Pasukan yang mendahului sepatutnya terus bermain mengikut taktikal dan bukannya bermain mengikut emosi.

Walaupun ketinggalan jauh, ada pasukan yang bijak bermain perang psikologi sehingga memaksa pemain lawan melakukan terjahan atau kesalahan.

Jika pemain dibuang padang atau dilayangkan kad merah, tugas mereka untuk merapatkan jaringan menjadi mudah kerana pasukan lawan kekurangan pemain.

LAIN-LAIN BERITA

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

Kenapa perlu belanja lebih?

KETIKA melayari media sosial seperti Facebook, hampir setiap rakan alam maya atau netizen berkongsi mengenai bebanan hidup yang dialami disebabkan kenaikan harga barangan keperluan. Kos

BERITA TERBARU

Sarawak ngulit dua hari

KUCHING: Perintah Sarawak ngemendarka timpuh ngulit selampur nengeri pengelama dua hari, belabuh sehari tu enggau pagila. Nambah ke nya, tambai mega digitang tengan tiang aja