Bangunan asrama lelaki SMK Mukah terbakar

MUKAH: Pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Mukah mengesahkan  20 peratus daripada  bangunan asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK ) Mukah terbakar pada kejadian jam 2 Petang tadi.

Sehingga kini punca  kebakaran  di bangunan asrama lelaki yang dihuni oleh seramai 202 pelajar lelaki tersebut masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat.

Menurut  Balai Bomba Dan Penyelamat Mukah (BBP), pihaknya menerima laporan kejadian padal jam 2.09 petang dan bergegas ke lokasi dengan  sebuah FRT dan Tanker  dengan  kekuatan enam anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Daerah Mukah, Mohd Khaizal.

“Kebakaran bermula di Tingkat dua dan seterusnya merebak ke Tingkat bawah bangunan asrama lelaki berkenaan sehingga ke siling dan bumbung bangunan terbakar dan kebakaran berjaya terkawal sepenuhnya pada jam 3.16 petang.

“Hasil dari siasatan awal pihak Bomba, kebakaran  melibatkan bahagian  siling di empat bilik tingkat bangunan Asrama lelaki sekolah tersebut dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” jelas kenyataan tersebut.

Setelah itu, pihak sekolah telah memaklumkan melalui kerjasama Pegawai Polis, Bomba dan Penyelamat termasuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Mukah dan Pegawai Daerah Mukah berbincang mencari pelan terbaik bagi mengenal pasti punca dan memastikan pelajar yang terlibat dapat meneruskan persekolahan seperti biasa.

“Berdasarkan arahan pihak Bomba asrama lelaki tersebut perlu dikosongkan dan ditutup untuk tempoh 14 hari dan tiada siapa dibenar kan masuk.

“Pelajar lelaki diarah kan untuk  tidur dan menetap di kem Belia terutamanya pelajar tingkatan 5 untuk sementara waktu selama tiga hari, pihak PPD juga telah menyediakan bas untuk urusan pergi dan balik ke sekolah. Manakala pelajar lelaki lain dibenarkan balik rumah sehingga hari Khamis, ” jelas kenyataan tersebut.