ARTIKEL

Penyokong prokemerdekaan membantah penahanan aktivis di New Caledonia. - Foto: AFP

Bangunan dibakar dalam protes terbaharu di wilayah Perancis, New Caledonia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WELLINGTON, New Zealand: Beberapa bangunan dan kenderaan dibakar dalam keganasan yang tercetus kembali semalaman di wilayah Pasifik Perancis, New Caledonia, kata pihak berkuasa pada hari yang dipetik oleh agensi berita Jerman (dpa).

Suruhanjaya Tinggi Perancis menyebut dalam satu kenyataan bahawa “malam itu bergelora” dan ditanda dengan kekacauan di seluruh tanah besar dan pulau-pulau berdekatan, Île des Pins dan Maré.

Suruhanjaya itu berkata sebuah balai polis dan kenderaan dibakar di Dumbea, utara ibu kota Nouméa.

Satu kebakaran juga berlaku di dewan perbandaran Koumac, sementara briged wilayah Maré juga diserang.

Pada Mei lepas, Perancis menghantar ratusan anggota polis ke New Caledonia dan mengisytiharkan darurat selama 12 hari disebabkan oleh protes prokemerdekaan, dan sekurang-kurangnya tujuh maut dan ratusan ditahan, berikutan rancangan di Paris tentang pindaan Perlembagaan.

Pindaan ini akan memberikan ribuan penduduk kelahiran Perancis di kepulauan itu hak untuk mengundi dalam pilihan raya wilayah dan memberi mereka lebih banyak pengaruh politik.

Gerakan prokemerdekaan di New Caledonia bimbang perubahan ini akan mengurangkan pengaruh politik dalam kalangan penduduk asli Kanak.

Dalam tiga referendum pada 2018, 2020 dan 2021, penduduk wilayah Perancis itu mengundi untuk kekal sebagai sebahagian daripada Perancis.

Namun, sejak undian terakhir, yang diboikot oleh pihak prokemerdekaan, perbincangan tentang status baharu telah terhenti.

Dari segi sejarah, New Caledonia penting kepada Perancis dari segi ketenteraan dan geopolitik, selain kerana deposit nikel yang besar. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP