ARTIKEL

Bangunan Pangsapuri 7 Tingkat Runtuh Sebahagian Di Istanbul, 7 Terperangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Sebuah bangunan pangsapuri tujuh tingkat runtuh sebahagian di timur Istanbul awal pagi Khamis, menyebabkan tujuh orang terperangkap di bawah runtuhan, kata Gabenor Wilayah Istanbul Davut Gul, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Akibat kejadian itu, empat unit pangsapuri terjejas… anggota penyelamat berjaya mengeluarkan lima orang dari bawah runtuhan. Tujuh lagi masih berada di bawah runtuhan. Komunikasi berjaya diwujudkan dengan empat daripada mereka manakala usaha mencari tiga lagi masih diteruskan,” kata Gul kepada pemberita.

Tiga tingkat bangunan tujuh tingkat itu runtuh pada 5.40 pagi waktu tempatan (2.40 pagi GMT) pada Khamis di daerah Maltepe.

Bangunan itu  dibina pada 1987 dan menempatkan 33 penghuni di 12 unit pangsapuri, kata Gul.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka