ARTIKEL

Bangunan tambahan Hospital Miri siap April depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


Lukanisman pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Hospital Miri.

MIRI: Kemajuan pembinaan bangunan tambahan Hospital Miri yang baharu bernilai RM289.2 juta, mendahului jadual asal.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Lukanisman Awang Sauni berkata, pada masa ini projek pembinaan hospital tersebut berada pada tahap 43.13 peratus siap dan sedikit lebih awal daripada sasaran 38.51 peratus.

“Pembinaan bangunan lapan tingkat itu telah bermula pada 25 Jun 2020 dan dijangka siap 30 hari lebih awal daripada tarikh sebenar iaitu 29 April depan.

“Apabila siap kelak, ia mempunyai tambahan 328 katil baharu bagi Hospital Miri, sekali gus dijangka dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Bintulu, Hospital Marudi, Hospital Limbang dan Hospital Lawas,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, Lukanisman melawat tapak dan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini projek berkenaan.

Ia merupakan lawatan kerja rasmi pertama beliau ke Hospital Miri sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Lukanisman berkata, kementeriannya akan terus menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan luar bandar sebagai keutamaan mereka.

“Ini termasuk menaik taraf perkhidmatan perubatan dan kemudahan penjagaan kesihatan di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong..

 

BERITA LAIN

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang

25 jelitawan rebut gelaran ratu cantik

KUCHING: Karnival Gawai Tematu 2024 dan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2024 Edisi Kesembilan bakal menampilkan 25 finalis bagi merebut gelaran juara atau ratu cantik. Pengerusi

BERITA TERBARU

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang