ARTIKEL

Bangunkan atlet e-sukan di peringkat IPT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Menjadi visi dan misi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membangunkan atlet sukan elektronik (e-sukan) yang berkualiti di peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS).

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Lamat Nyalau berkata, inisiatif tersebut penting untuk melahirkan atlet e-sukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

FOKUS… Peserta yang terlibat komited untuk memenangi pertandingan e-sukan Mobile Legend pada Karnival Eksplorasi Bakat Pelajar sempena Ulang Tahun ke-22 Kolej Komuniti Kuching.

“Justeru, kita memuji langkah Kolej Komuniti Kuching dalam menganjurkan pertandingan e-sukan sepanjang berlangsungnya Karnival Eksplorasi Bakat Pelajar sempena ulang tahun ke-22 institusi tersebut.

“Kita lihat usaha ini mampu menyokong hasrat KBS dalam mencapai kejayaan dalam pembangunan sukan tersebut di negara ini, sekali gus menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Bangsa Bersukan (Sporting Nation),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menerusi teks dibaca wakil, Hazwan Salleh Baihaki pada Karnival Eksplorasi Bakat Pelajar sempena Ulang Tahun ke-22 Kolej Komuniti Kuching di Pentas Utama Kolej Komuniti, di sini, hari ini.

Sementara, beliau turut memberitahu bahawa kepimpinan dan pengurusan yang
berkesan sangat penting dalam mencapai kejayaan dalam bidang tersebut.

“Untuk itu, KBS ingin memupuk kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam sukan ini.

“Kami percaya bahawa melalui kolaborasi yang kukuh antara IPT dan KBS, kita boleh mencapai apa yang dihasratkan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan