ARTIKEL

Bangunkan bakat baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penubuhan kementerian baharu dalam Kabinet Sarawak iaitu Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dilihat mampu memperkasakan pembangunan sumber manusia di negeri ini.

Penganalisis Politik Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, walaupun sebelum ini cadangan bagi Kementerian Sumber Manusia negeri perlu diwujudkan, namun beliau berpuas hati dengan penubuhan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat.

Katanya, kementerian ini mempunyai elemen yang sama bagi membangunkan bakat seterusnya memperkasakan pembangunan sumber manusia.  “Ini dilihat dapat membantu mengenal pasti bakat yang perlu diketengahkan untuk melaksanakan projek yang dirancang dalam 34 Manifesto GPS khususnya berkaitan sumber manusia,” katanya.

Mengulas mengenai pelantikan Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian sebagai Timbalan Ketua Menteri, beliau menyatakan bahawa pelantikan itu memang sudah dijangka.

“Nampaknya agihan barisan kabinet kali ini lebih menyeluruh dengan kehadiran SUPP yang mewakili masyarakat Cina,” ujarnya.

Tambahnya, ia juga sebagai pengiktirafan GPS terhadap sokongan masyarakat Cina sehingga memenangi banyak kerusi berbanding sebelum ini.

“Ia sememangnya pilihan tepat, memberi keyakinan kepada masyarakat  Cina bahawa kerajaan GPS adil kepada semua lapisan masyarakat,” tambahnya.

Beliau dalam masa yang sama menyatakan bahawa pengagihan barisan kabinet kali ini tidak mempunyai banyak perubahan kecuali kekosongan yang ditinggal oleh Mendiang James Jemut Masing

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup