Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Bangunkan banyak Taman Teknologi Agro, jamin keselamatan makanan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

GEDONG: Sarawak perlu membangunkan lebih banyak Taman Teknologi Agro di negeri ini bagi membantu kajian, pemasaran dan mengeksport produk tanaman ke pasaran luar.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun memerlukan peruntukan yang besar, perancangan jangka panjang terbabit perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan makanan negeri ini.

“Kita mesti menubuhkan taman agro kerana ia salah satu cara penting meningkatkkan hasil pertanian Sarawak. Di Gedong sudah ada dan bakal dibuka di Simunjan.

“Namun taman tersebut harus dibangunkan dengan cara baharu yang mempunyai kemudahan infrastruktur lengkap termasuk penggunaan teknologi digital.

“Dengan adanya taman agro, banyak yang boleh kita lakukan untuk industri pertanian termasuk daripada tanaman, penghasilan hasil tani sehingga pembuatan produk makanan,” katanya.

Adun Gedong itu berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan dan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia 2022 di Dewan Patinggi Ali, di sini, hari ini.

Menurutnya, ia merupakan antara cara baharu dan inisiatif kerajaan untuk membangunkan pertanian negeri ini sekali gus pendekatan bagi mencapai sasaran Sarawak pengeksport utama makanan menjelang 2030.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru