Trending

Bangunkan New Zealand kecil di Serian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SERIAN: Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan Serian seperti New Zealand kecil di negeri ini, susulan mempunyai sumber semula jadi seperti gunung, bukit dan sungai yang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan serta kawasan pertanian.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, meskipun New Zealand hanya mempunyai kira-kira 5 juta populasi penduduk, ia merupakan sebuah negara yang membangun termasuk di kawasan pedalaman.

“Apabila anda memikirkan Serian, bayangkan New Zealand. Jika anda pernah ke New Zealand, saya pasti anda pernah ke Tasik Taupo. Justeru, apakah yang menghalang kita daripada membangunkan Tasik Danu sendiri yang boleh menjadi daya tarikan pelancong ke Sarawak?,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Persidangan Serian (SCC), sekali gus menyempurnakan Pelancaran Pelan Induk Serian yang disediakan oleh Unit Perancangan Ekonomi Sarawak (EPU) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari mendedahkan bahawa beliau mempunyai rancangan untuk membangunkan Tasik Danu sebagai salah satu lambang kemegahan di Sarawak yang mampu menarik pelabur asing dalam bidang pelancongan di kawasan berkenaan.

Sebagai permulaan, rancangan pembangunan untuk Serian akan dilaksanakan oleh Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) yang telah diberi peruntukan modal sebanyak RM1.5 bilion.

Tambahnya, setelah dana sebanyak RM1.5 bilion itu habis digunakan, Kerajaan Sarawak akan menyuntik dana tambahan ke dalam agensi tersebut untuk melihat pembangunan yang berterusan di kawasan yang terlibat.

PENYERAHAN… Abang Johari menyampaikan Sijil Simpanan Premium berjumlah RM500 kepada salah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru