ARTIKEL

Bangunkan Sarawak dalam ‘semangat naga’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seluruh rakyat diseru untuk menerapkan ‘semangat naga’ dalam membangunkan serta mempertahankan Sarawak.

Demikian titipan pesanan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol sempena ketibaan Tahun Naga, sekali gus meraikan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024.

“Tahun ini merupakan peluang untuk membawa perubahan dalam semangat Tahun Naga seperti dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kejayaan, penghormatan tuah dan kejayaan.

“Justeru, saya menyeru rakyat Sarawak dan Malaysia amnya mengambil keberanian dan tenaga ini untuk membangunkan dan mempertahankan negeri tercinta ini demi kemakmuran, sentiasa selamat dan aman,” katanya dalam ucapan sempena TBC 2024, semalam.

Beliau dalam pada itu mengingatkan rakyat agar terus bersemangat dalam membina Sarawak untuk menjadi sebuah negeri yang lebih baik untuk semua.

“Saya juga berharap agar kita semua terus mempunyai minda dan jiwa yang tenang serta kesihatan yang baik untuk seluruh tahun ini dan seterusnya. 

“Dengan ini bagi pihak diri saya, keluarga serta seluruh warga kerja UKAS dan sahabat-sahabat media ingin mengucapkan selamat menyambut TBC kepada semua rakan yang berbangsa Cina,” tambahnya.

Naga merupakan salah satu daripada 12 haiwan yang membentuk zodiak Cina yang digunakan untuk menamakan tahun-tahun dalam kalendar masyarakat tersebut.

Ia dianggap sebagai haiwan yang mewah dan gagah, simbol yang meneguhkan kekuatan, kebangsawanan, kehormatan, kejayaan, dan keberuntungan. Selain lambang semangat yang berkobar-kobar dan keberanian yang tidak tergoyahkan, naga juga dianggap sebagai entiti yang membawa berkat dan kejayaan dalam budaya Cina.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan