Bangunkan wilayah utara Sarawak

LIMBANG: Wilayah utara Sarawak yang merangkumi Limbang dan Lawas akan terus dibangunkan, kata Ketua Menteri.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sejajar dengan dasar untuk merapatkan jurang pembangunan di luar bandar, Kerajaan Sarawak menubuhkan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

“Agensi itu akan menjalankan projek pembangunan seperti menaik taraf tebingan Sungai Limbang dan pembinaan jambatan ikonik Limbang.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar dan seterusnya menjadikan Sarawak negeri maju 2030,” katanya ketika kunjungan Tahun Baharu Cina di sini, tengah hari tadi.

Suara Sarawak