ARTIKEL

TERIMA KASIH... Antara penerima yang mendapat pek makanan di kawasan Bukit Engkerbai dan Lubok Bemban.

Banjir: APM Mukah bantu agih makanan kepada penduduk di jalan Nanga Tajam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mukah membantu mengagihkan pek makanan kepada penduduk yang terputus hubungan di Nanga Tajam, di sini, hari ini. 

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mukah Kapten (PA) Zuriza Sharkawi, penghantaran pek makanan tersebut adalah disebabkan kenaikan paras air di jalan Nanga Tajam.

TERIMA KASIH… Antara penerima yang mendapat pek makanan di kawasan Bukit Engkerbai dan Lubok Bemban. 

“Kawasan yang terlibat adalah rumah panjang serta sekolah rendah di sekitar Bukit Engkerbai dan Lubok Bemban,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Ujarnya, bantuan pek makanan kepada semua kawasan yang terlibat diserahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Mukah (JKM) Mukah.

BANTU… Pihak APM Mukah serta agensi-agensi lain membantu dalam pengagihan pek makanan tersebut.

Sehubungan itu, beberapa agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mukah turut membantu mengagihkan bantuan makanan tersebut. 

Ujarnya, penghantaran bermula pada jam 10 pagi dan selesai pada jam 3.30 petang.

BANTU… Pihak APM Mukah serta agensi-agensi lain membantu dalam pengagihan pek makanan tersebut.

Tambahnya, penghantaran tersebut berjalan dengan lancar dan selamat. 

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU