ARTIKEL

Banjir buruk di Vietnam ragut 18 nyawa, 14 masih hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HANOI: Bencana banjir dan tanah runtuh dicetuskan hujan lebat yang melanda wilayah tengah Vietnam meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa manakala 14 yang lain masih hilang, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Sehingga Isnin pagi seramai 45,835 penduduk sudah dipindahkan.

Hujan lebat memusnahkan sebanyak 382 rumah dan menenggelamkan 109,034 yang lain. Bencana itu turut merosakkan sawah padi, kawasan pertanian dan perikanan selain membunuh 271 ekor lembu serta 150, 489 ternakan lain.

Sebanyak 17  kapal mengalami kerosakan dan tiga kru kapal maut manakala empat yang lain masih hilang. Misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Daerah paling teruk dilanda banjir termasuk Le Thuy dan Quang Ninh di wilayah Quang Binh; daerah Dak Rong dan bandar Quang Tri di wilayah Quang Tri; daerah Phu Loc, Phuc Vang, Quang Dien, dan Phong Dien dan bandar Hue di wilayah Thua Thien-Hue; daerah Dai Loc, Dien Ban, dan Duy Xuyen dan bandar Hoi An dan Tam Ky di wilayah Quang Nam; dan Binh Son, Son Tinh, Nghia Hanh, daerah Tu Nghia dan bandar Quang Ngai di wilayah Quang Ngai.

Baca lain  Menteri Singapura S.Iswaran lawat Malaysia untuk LIMA'23

Hujan lebat dijangka berterusan pada Selasa.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,