Banjir di Sarawak kian pulih, tiga PPS ditutup

KUCHING: Gelombang kedua banjir di Sarawak kian pulih dengan penutupan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan semalam

Kenyataan itu menyebut tiga PPS itu ialah Dewan Masyarakat Lubok Buntin, Simunjan di bahagian Samarahan serta Dewan Kampung Betong Kanowit dan Kampung Lintang Baru, yang terletak di bahagian Serian.

Setakat ini, hanya sebuah PPS masih dibuka iaitu Dewan Baru Kampung Rimba Padi di Serian yang melibatkan 49 mangsa.

Bagaimanapun, laporan ramalan cuaca mingguan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi menyebut hujan dijangka berterusan sepanjang minggu ini.

 

Suara Sarawak