Banjir di Sarawak pulih, hanya PPS di Dewan Baru Kampung Rimba Padi masih beroperasi

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) kekal kepada 49 orang yang melibatkan seramai 18 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, hanya PPS Dewan Baru Kampung Rimba Padi di Bahagian Serian masih dibuka ketika ini.

Ia sekali gus menunjukkan keadaan banjir di seluruh Sarawak semakin pulih apabila tiada penambahan mangsa banjir atau PPS sejak malam tadi.

Terdahulu, PPS Dewan Kampung Lintang Baru yang menempatkan seramai 88 mangsa banjir telah ditutup pada jam 3 petang semalam berikutan situasi banjir beransur pulih.

Suara Sarawak