Banjir di Sarawak pulih, tiada PPS dibuka

KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak semakin pulih apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Bahagian Samarahan ditutup, setakat jam 10 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, dua PPS terakhir itu melibatkan PPS Dewan Serbaguna Kampung Entingan dan PPS Balai Raya Kampung Nangka.

Terdahulu, setakat jam 8 pagi tadi PPS Dewan Serbaguna Kampung Entingan menempatkan 47 mangsa daripada 20 keluarga, manakala 20 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Nangka.

Bagaimanapun, PPS Dewan Serbaguna Kampung Entingan ditutup pada jam 9 pagi dan Balai Raya Kampung Nangka ditutup pada jam 9.15 pagi.

Suara Sarawak