Banjir di Sarawak semakin pulih

KUCHING: Keadaan banjir di seluruh Sarawak semakin pulih apabila hanya 415 mangsa daripada 124 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat tengah hari ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dua PPS yang masih dibuka setakat ini adalah di daerah Serian.
Satu PPS dibuka di SK Tanah Puteh yang menempatkan 341 mangsa dan satu lagi di Dewan Masyarakat Serian dengan menempatkan 74 mangsa.
Ia sekali gus merekodkan penurunan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS daerah itu berbanding 569 orang, setakat jam 8 pagi tadi.

Suara Sarawak