Banjir di Trusan belum surut

LAWAS: Masih belum ada tanda banjir di sekitar Trusan berkurangan.

Hal ini di mana, mangsa banjir di pindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Masyarakat Trusan masih belum lagi dibenarkan pulang ke kawasan masing-masing.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin, masih belum ada pertambahan atau perkurangan bilangan mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan tersebut.

“Setakat jam 8.00 pagi tadi, belum ada mangsa baru serta mangsa sedia ada yang dibenarkan pulang ke halaman mereka buat masa ini.

“Sehingga kini, jumlah mangsa di Pusat Pemindahan itu berjumlah 19 keluarga, 93 mangsa yang terdiri daripada 14 dewasa lelaki, 16 dewasa perempuan, 31 kanak-kanak lelaki, 21 kanak-kanak perempuan, 3 bayi dan 5 warga emas,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa terdiri daripada Kampung Seberang Kedai, Kampung Gelapas, Kampung Perumahan Gelapis, Kampung Masjid Trusan, Kampung Luagan Kelilang, Kampung Tengah Trusan, Kampung Lintang dan Kampung Berjumpa Sundar.