Trending

Banjir jejaskan penduduk Rumah Panjang Buloh Antu serta perkampungan Melayu Debak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PEMANTAUAN di sekitar perkampungan Melayu Debak.

BETONG: Rumah Panjang Buloh Antu serta beberapa perkampungan Melayu di Debak terjejas akibat banjir kilat selepas hujan berlarutan sejak petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong Leftenan Muda Desem Samuel berkata, di Betong terdapat sebuah rumah panjang 17 pintu dengan 53 penghuni terjejas.

“Hasil pemantaun kira-kira 6.30 pagi tadi, rumah panjang berkenaan terputus hubungan akibat jalan utama dinaiki air setinggi enam kaki (di atas jambatan).

“Kita percaya kejadian disebabkan hujan lebat yang berlaku sejak petang semalam, selain limpahan air dari hulu Sungai Layar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelasnya, limpahan air turut menjejaskan bahagian dapur dan kawasan belakang rumah panjang.

Sementara di Debak ujar Desem, melibatkan Kampung Bungey Hulu dan Lalang Hilir.

“Kedua-dua kampung dinaiki air setinggi sekaki setengah,” ujarnya.

Desem menyatakan keadaan terkawal dan pihaknya masih memantau keadaan dari semasa ke semasa.

BELAKANG Rumah Panjang Buloh Antu yang turut terjejas.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol