HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Banjir, jumlah peladang yang terjejas akan dianalisis 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP… Fadillah bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perpindahan Masjid Baharu di Masjid Ikhwanul Islam, dekat sini, malam tadi. Foto oleh Abdul Hakeem Well

KUCHING: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan menganalisis jumlah peladang yang terjejas akibat banjir supaya bantuan sewajarnya dapat disalurkan.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bantuan bencana termasuk banjir adalah di bawah tanggungjawab Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Justeru, setakat ini juga program bantuan yang diberikan adalah melibatkan bidang pertanian dan sebagainya.

“Bagaimanapun, program khas untuk membantu peladang masih belum ada tetapi kita di KPK akan menganalisa perkara tersebut,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perpindahan Masjid Baharu di Masjid Ikhwanul Islam, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Fadillah menegaskan bahawa bantuan yang diberikan setakat ini lebih kepada pertanian tetapi mempunyai hubung kait dengan banjir atau bencana.

Menurutnya, ia diuruskan oleh Nadma iaitu agensi di bawah bidang kuasa Jabatan Perana Menteri.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru