ARTIKEL

Jalan raya terputus hubungan akibat banjir kilat yang melanda sekitar kawasan Sungai Dabai.

Banjir kilat di Rh. Judan Ak. Selin di Sungai Dabai Marudi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Hujan lebat yang berterusan semalaman menyebabkan berlakunya banjir kilat di Rh. Judan Ak. Selin di Sungai Dabai di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya telah menerima makluman mengenai kejadian dari kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi sekitar jam 6.35 petang.

Rumah panjang iaitu Rh. Judan Ak. Selin yang dinaiki air akibat banjir kilat.

“Pasukan BBP Marudi telah melaporkan bahawa berlaku banjir kilat semasa rondaan Monsun Timur Laut (MTL) di kawasan tersebut.

“Rondaan di lokasi kejadian mendapati berlaku limpahan air dari arah parit kiri dan kanan bahu jalan seterusnya memasuki jalan utama yang menyebabkan banjir kilat dengan anggaran ketinggian paras air lebih kurang 0.2 meter hingga 0.35 meter di suatu kawasan rendah.

Rumah panjang iaitu Rh. Judan Ak. Selin yang dinaiki air akibat banjir kilat.

“Manakala, pemantauan di satu blok rumah panjang berhampiran mendapati air berketinggian 0.3 sehingga 0.4  meter dalam rumah.

“Pergerakan limpahan air menghala ke anak sungai berhampiran agak laju dan banjir dijangka surut sepenuhnya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, tiada operasi pemindahan yang dijalankan semasa pemantauan tersebut, dan pasukan bomba dimaklumkan bahawa penduduk sudah terbiasa dengan kejadian banjir kilat di kawasan kediaman terbabit.

Namun, pihak bomba menasihati penduduk di kawasan tersebut untuk mengambil langkah keselamatan sekiranya perlu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah