LANZHOU: Banjir kilat akibat hujan lebat secara tiba-tiba melanda sebuah kawasan peranginan di Wilayah Gansu, barat laut China pada petang Ahad, mengorbankan 10 orang manakala 23 yang lain cedera setakat 6 petang, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Beberapa pelancong sedang berkhemah di kawasan peranginan dalam Daerah Weiyuan, Bandar Dingxi, sebelum terperangkap apabila banjir kilat melanda secara mengejut.
Jabatan keselamatan awam serta bomba dan penyelamat tempatan telah mengerahkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian. Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan. – BERNAMA-XINHUA






