ARTIKEL

Members of the Regional Disaster Management Agency (BPBD) evacuate a sick resident from a flooded area in Kudus, Central Java, on March 20, 2024. (Photo by DEVI RAHMAN / AFP)

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.

Limpahan lahar sejuk berlaku selepas hujan sederhana hingga lebat di kawasan Gunung Semeru sepanjang petang, menyebabkan Lembangan Sungai Regoyo melimpah dan membanjiri kawasan penempatan berhampiran.

Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Lumajang mengerahkan sebuah bot untuk mempercepatkan proses perpindahan selepas banjir itu merosakkan tiga jambatan dan jalan utama dinaiki air.

Pihak BNPB turut meminta pihak berkuasa tempatan melaksanakan langkah mitigasi dengan memantau potensi taburan hujan secara berkala.

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari menekankan kepentingan menjaga penduduk dan pengunjung di sekitar Lembangan Sungai Regoyo untuk meminimumkan kesan sekiranya berlaku banjir lahar yang berulang.

Gunung Semeru, satu daripada gunung berapi aktif di Indonesia, meletus pada Jumaat 6.45 pagi Waktu Indonesia Barat, dengan memuntahkan kepulan abu sehingga 500 meter ke udara dari atas kawah.

Ia susulan letusan pada Khamis, sekitar 12.34 tengah malam, menyaksikan kepulan abu mencapai sekitar 800 meter ke udara dari atas kawah, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi negara, PVMBG.

Gunung Semeru, lokasi tumpuan pendaki, kekal pada status amaran Tahap III setakat ini. – Bernama

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA