ARTIKEL

Banjir ragut 16 nyawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 61 orang terbunuh manakala beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal akibat banjir besar yang disebabkan oleh hujan lebat di seluruh Kenya.

Perkembangan itu berlaku ketika negara Afrika Timur berkenaan mengalami peningkatan intensiti dalam risiko iklim. Menurut Persatuan Palang Merah Kenya lebih 80,000 penduduk hilang tempat tinggal akibat bencana itu.

Sementara itu, lebih lapan orang dihanyutkan arus deras manakala kira-kira 235 lagi cedera. Ketua Pengurusan Bencana Palang Merah Kenya, Michael Ayabei, memberi amaran bahawa keadaan semakin buruk dengan hujan dijangka berterusan. Jabatan Meteorologi negara itu meramalkan hujan akan berterusan sehingga Januari.

Beratus-ratus rumah sama ada dihanyutkan atau ditenggelami banjir selain ladang turut ditenggelami air manakala haiwan ternakan mati lemas.

Hujan lebat juga menyebabkan tanah runtuh di beberapa kawasan manakala penduduk yang hilang tempat tinggal mencari perlindungan di kawasan yang lebih tinggi.

Sementara itu, kerajaan Kenya pada Isnin berkata sebanyak 33 daripada 47 daerah di negara itu terjejas akibat banjir.

Setiausaha Kabinet Dalam Negeri dan Pentadbiran Negara Kithure Kindiki dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pasukan tindak balas bencana dan pasukan keselamatan telah diaktifkan bagi mengenal pasti lokasi yang mungkin terjejas teruk, lapor Xinhua.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kenya, Somalia dan Ethiopia merupakan negara paling terjejas dengan perubahan iklim.-Bernama-Xinhua 

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta