HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Banjir reda, PPS Simpok dan Mundai ditutup

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

KUCHING: Keadaan banjir di Kampung Simpok dan Mundai semakin reda selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) di kampung berkenaan ditutup hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kedua-dua PPS berkenaan ditutup pada jam 2 petang.

Katanya, seramai 195 orang mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir melanda kedua-kedua kampung tersebut susulan hujan lebat yang bermula pada malam Khamis.

Sementara katanya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak terus menjalankan pemantauan banjir di seluruh negeri.

Katanya, pemantauan dijalankan di Kuching, Serian, Sri Aman, Sibu, Kapit, Miri dan Betong.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

1 April 2023

Berita Terbaru