Trending

Banjir sekat laluan masuk ke rumah panjang Sungai Pelandok Paku Betong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BETONG: Banjir kilat akibat hujan lebat petang semalam menyebabkan jalan utama dan jalan alternatif ke rumah panjang Sungai Pelandok dekat Ulu Paku dilimpahi air sehingga tidak dapat dilalui.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong Leftenan (PA) Mackinly Jores, kejadian banjir menyebabkan kedua-dua jalan menuju ke rumah panjang tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Kawasan rendah dilimpahi air sedalam tiga kaki terutama di jalan utama dan satu jalan alternatif yang melalui rumah panjang Beduru sedalam 1.5 kaki.

“Bagaimanapun, trend air semakin menurun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, secara keseluruhan keadaan masih terkawal.

Skuad pemantau APM Betong pagi tadi turut membantu menghantar seorang penduduk ke Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan hemodialisis.

Mackinly menambah, pihaknya akan memantau kawasan berisiko dari semasa ke semasa.

KAWASAN sekitar termasuk jalan menuju ke rumah panjang Sungai Pelandok yang dilimpahi air akibat banjir kilat, hari ini. Foto. APM BETONG
BANTUAN menghantar seorang penduduk ke Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan hemodialisis.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru