ARTIKEL

Banjir tidak menghalang mengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARAM: Penduduk di Long Mekaba Baram terpaksa berbaris panjang di dalam keadaan banjir demi menjalankan tanggungjawab mengundi hari ini.

Keadaan cuaca buruk menyebabkan helikopter yang menghantar peti undi ke kawasan mereka belum sampai, namun penduduk telah berbaris panjang sejak dari pagi tadi.

Penduduk di Long Mekaba Baram masih menunggu peti undi sampai untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Setakat berita ini ditulis, sumber memberitahu penduduk di kawasan itu masih berbaris dan masih menunggu peti undi sampai.

Parlimen Baram menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Anyi Ngau, Roland Engan (Pakatan Harapan) dan Wilfred Entika Eebai (Bebas).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU