HANOI: Banjir dan bencana alam yang dicetuskan hujan lebat di Vietnam setakat ini meragut kira-kira 40 jiwa dan lapan lagi hilang.
Mengutip Xinhua, kebanyakan mangsa maut akibat dihanyutkan arus deras di wilayah Quang Tri, Thua Thien Hue dan Quang Nam.
Sejak 5 Oktober, hujan lebat melanda beberapa kawasan di tanah tinggi dengan jumlah hujan melebihi 2,000 milimeter.
Lebih 135,700 rumah ditenggelami dengan 585 daripadanya runtuh atau rosak.
Sementara, banyak sawah padi dan kawasan tanaman lain digenangi air banjir manakala kira-kira 332,350 haiwan ternakan mati atau dihanyutkan.
Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di loji kuasa hidro di tengah wilayah Thua Thien Hue, menyebabkan kira-kira 20 pekerja maut atau hilang, lapor media tempatan.
Seramai 13 anggota pasukan penyelamat juga dilaporkan terputus hubungan semasa menuju ke tempat kejadian dan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sehingga 22 September, bencana alam itu menyebabkan 93 orang maut atau hilang manakala 272 lagi cedera. Dalam tempoh sama, bencana itu turut menyebabkan kerugian ekonomi sekitar 5 trilion dong Vietnam (RM903.82 juta). – AFP