Trending

Bank-bank perlu bersedia untuk masa depan, tangani cabaran baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Bank-bank Malaysia perlu membuat persediaan bagi masa depan dan berupaya menangani cabaran serta peluang baharu dalam era semasa, kata mantan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, ini penting memandangkan masa depan perbankan itu adalah berteraskan kepada aspek kemampanan, inklusif serta inovatif.

Malah, bank juga perlu mempunyai kapasiti untuk menjalankan operasi menerusi usaha meminimumkan kesan terhadap alam sekitar selain menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

“Inklusif ini merujuk kepada keupayaan bank-bank untuk berkhidmat kepada segenap segmen masyarakat, termasuk yang kurang atau tidak menikmati perkhidmatan itu menerusi produk dan perkhidmatan yang inovatif,” katanya pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Malaysia Kelima 2023 di sini, hari ini.

Mohd Shahar berkata industri perbankan Malaysia telah menempuh pelbagai perubahan besar, terutama aspek teknologi dan inovasi.

“Perbankan digital muncul sebagai satu trend yang signifikan dalam industri ini menerusi penggunaan platform digital, perbankan mudah alih dan perkhidmatan perbankan secara dalam talian,” katanya. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru