ARTIKEL

Bank darah HUS kekurangan bekalan, orang ramai di minta tampil untuk membantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini memerlukan sumbangan orang ramai untuk menderma darah kerana menghadapi kekurangan darah jenis A dan B.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah HUS, penggunaan yang optimum untuk kes-kes kecemasan menyumbang kepada situasi ini.

Katanya, jika berlarutan, dikhuatiri akan menjejaskan operasi harian di HUS.

“Oleh itu kami merayu kepada para penderma darah yang telah cukup tempoh tiga bulan daripada tarikh akhir pendermaan untuk tampil menderma darah di Pusat Tabung Darah atau di kempen-kempen derma darah bergerak kami pada hujung minggu.

“Kami mengalu-alukan kehadiran para penderma darah untuk membantu pihak kami meningkatkan bekalan darah semasa HUS” jelasnya dalam satu kenyataan.

Selaras dengan permintaan darah yang semakin meningkat di HUS, Pusat Tabung Darah telah melanjutkan operasi harian untuk derma darah.

Jabatan itu berkata, waktu operasi adalah Isnin hingga Khamis, jam 8 pagi hingga 1 petang, waktu rehat jam 1 petang hingga 2 petang dan bersambung semula jam 2 petang hingga 4.30 petang.

Sementara, katanya, hari Jumaat, operasi bermula jam 8 pagi sehingga 11.30 petang dan 2.15 petang hingga 4.30 petang.

“Manakala untuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, kempen derma darah secara bergerak diadakan.

“Penderma darah boleh merujuk ke laman media sosial untuk jadual kempen mingguan ( Facebook: Blood Bank Hospital Umum Sarawak, IG: Blood Bank HUS, Twitter: Blood Bank HUS),” jelasnya.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU