ARTIKEL

Bank makanan siswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PROGRAM bank makanan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan pada 22 Disember 2018.

Ia adalah untuk membantu mahasiswa terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Antara objektif program ini adalah untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat dihadapi oleh mahasiswa.

Walaupun terdapat bantuan ataupun biasiswa, namun ia tidak mencukupi kerana perbelanjaan di universiti tidak sama seperti di rumah.

Mungkin ramai beranggapan bahawa kadar perbelanjaan mahasiswa adalah rendah.

Tetapi, dengan kenaikan harga barang pada masa ini, ramai mahasiswa yang mengambil peluang untuk mendapatkan bantuan makanan tersebut.

Sepanjang bergelar mahasiswa, tidak dinafikan kita mengikuti program ataupun aktiviti yang menyediakan makanan supaya perbelanjaan dapat dikurangkan.

Inisiatif program ini adalah antara penyelesaian agar bebanan mahasiswa dalam perbelanjaan makanan dapat dikurangkan.

Makanan yang disediakan biasanya tahan selama berminggu-minggu seperti mi segera, roti, air kotak dan sebagainya.

Objektif program adalah untuk mengurangkan beban mahasiswa supaya lebih fokus dalam pembelajaran.

Jika perut kosong ataupun lapar, tentu agak sukar untuk kita fokus melakukan sesuatu apatah lagi semasa belajar.

SEMANGAT KESUKARELAWAN

Seterusnya, memupuk semangat kesukarelawan antara mahasiswa dan memberi pendedahan kepada mereka untuk mengurus organisasi.

Ini kerana, dengan adanya program seperti ini, mahasiswa dapat membantu secara sukarela untuk mengangkat dan menyusun sumbangan untuk diletakkan di tempat khas program tersebut.

Biasanya, untuk program seperti ini, ia diurus organisasi. Sebagai contoh, semasa berada di kolej, pihak pengurusan kolej bertanggungjawab dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Pihak kolej juga memastikan tiada mahasiswa yang mengambil makanan secara berlebihan.

Sekiranya ia tidak dihadkan, tentu mereka yang benarbenar memerlukan tidak berpeluang menerima bantuan dan objektif program ini tidak dapat dicapai.

Difahamkan, sebelum COVID-19 melanda, terdapat sistem di sesebuah IPT meminta bukti bahawa mahasiswa tersebut layak atau tidak untuk mendapatkan makanan.

Tetapi, setelah pandemik COVID-19, sistem ini tidak digunakan dan penulis berpendapat ia adalah lebih baik.

KERJASAMA

Justeru, program Food Bank Siswa yang dilaksanakan secara kolaborasi antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dengan Kos Sara Hidup (KPDN), IPT awam dan swasta, Politeknik, Institut Perguruan serta pihak penyumbang harus memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan lebih sistematik.

Bukan itu sahaja, ia bagi memastikan jumlah sumbangan dapat diagihkan secara adil dan saksama.

Dalam pada itu, bantuan makanan ini tidak semestinya makanan kering.

Jika penyumbang ingin memberi makanan lain juga digalakkan kerana objektif utama program ialah membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan.

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

PROMOSI PERCUMA

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan. Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada

Kurangkan gula cegah obesiti

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

BERITA TERBARU