ARTIKEL

Bank Negara cari penyelesaian kukuhkan ringgit 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA:  Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mencari penyelesaian yang sesuai untuk mengukuhkan kembali nilai ringgit yang kini melemah, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata trend mata wang tempatan yang semakin melemah dijangka berterusan sekiranya permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan had siling hutang negara itu belum diluluskan.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak Bank Negara dan saya yakin mereka mempunyai penyelesaian kerana lebih pakar dan arif dalam hal itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kementerian Kewangan, di sini, pada Jumaat.

Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai kadar ringgit yang kekal rendah apabila keputusan perbincangan mengenai had siling hutang AS terus mencetuskan ketidaktentuan yang ketara.

Setakat 9 pagi hari ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam, paras terendah dalam tempoh enam bulan.

Bagaimanapun, di sebalik senario ringgit lemah tersebut, Ahmad berkata, ia sebenarnya boleh membantu menggalakkan sektor eksport dan pelancongan negara.

“Di sebalik itu kebaikannya yang saya lihat sektor eksport kita bakal bertambah selain jumlah pelancong dari luar juga akan meningkat datang ke negara ini kerana mereka memiliki ringgit lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Saya harap fenomena ini (ringgit melemah) bersifat sementara dan ringgit akan kembali lebih stabil ke kadar lebih munasabah,” katanya.

Namun begitu, katanya, jika situasi tersebut berlarutan ia akan menjadikan sektor import lebih mahal, meningkatkan kadar inflasi sedia ada serta membebankan rakyat terutamanya kepada pelajar yang belajar di luar negara.

Ketika ditanya sama ada situasi berkenaan akan memberi kesan terhadap kadar dasar semalaman (OPR), Ahmad berkata ia terpulang kepada BNM untuk menentukan perkara tersebut. – Bernama



BERITA LAIN

Proton terima anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024

KUALA LUMPUR: PROTON telah menerima anugerah kecemerlangan industri yang paling berprestij melalui Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 sebagai pengiktirafan atas komitmen syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu