ARTIKEL

Bank Negara dilihat akan terus kekal OPR 3 peratus pada 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Penganalisis menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) terus mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menjelang 2024, selepas kadar semasa dilihat menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan di negara ini.

MIDF Research berpendapat persekitaran luaran akan terus mencabar pada tahun depan dalam keadaan ketegangan geopolitik, paras harga yang tinggi dan risiko kelembapan ekonomi global.

“Tinjauan ekonomi domestik diramalkan akan kekal berwaspada serta berdaya tahan dengan disokong oleh permintaan domestik yang stabil. Bagaimanapun, penstabilan kadar inflasi teras dan persekitaran luaran yang mencabar mungkin mempengaruhi BNM untuk mengekalkan OPR pada paras semasa sepanjang 2024,” katanya.- Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

BERITA TERBARU