ARTIKEL

BANK RAKYAT lanjut moratorium

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bank Rakyat akan melanjutkan tempoh Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang akan berakhir pada 30 Jun ini kepada pelanggan yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Bank Rakyat amat prihatin terhadap situasi terkini yang masih tidak stabil.

“Selaras dengan pengumuman berhubung Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar oleh Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) pada 12 Mei 2021, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan,” katanya dalam kenyataan.

Antara kriteria pelanggan yang boleh memohon bantuan ini adalah pelanggan yang telah diberhentikan kerja dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, pelanggan yang masih dalam tempoh bercuti tanpa gaji, pelanggan yang mengalami pengurangan gaji atau pendapatan serta pelanggan yang pasangannya turut terjejas.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Mei 2021

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU