ARTIKEL

Bank Rakyat sasar kumpul dana baharu RM100 juta menerusi i-Rizq Plus pada 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menyasar mengumpul dana baharu berjumlah sehingga RM100 juta menerusi produk akaun Pelaburan-i Rizq Plus bagi tahun ini.

Ketua pegawai eksekutifnyat Datuk Mohammad Hanis Osman berkata sehingga 31 Dis, 2023, sebanyak RM202 juta pelaburan berjaya direkodkan daripada akaun tersebut.

“Sehingga 31 Dis lalu, kita dah ada sebanyak 35 ribu akaun yang aktif, maknanya lebih kurang 35 ribu pengguna dengan jumlah pelaburan sebanyak RM202 juta.

“Jadi, untuk tahun ini kita sasar tambahan RM100 juta pelaburan daripada i-Rizq Plus ini,” katanya semasa sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kempen akaun pelaburan i-Rizq Plus Bank Rakyat, di sini, semalam.

Bank Rakyat sebelum ini dilaporkan menyasar pengumpulan dana keseluruhan sebanyak RM300 juta menerusi akaun Pelaburan-i Rizq Plus menjelang akhir 2024.

Mengenai perancangan bagi tahun ini, Mohammad Hanis berkata Bank Rakyat bakal menyediakan pelbagai produk baharu yang inovatif dan bermanfaat terutama berkaitan dengan pelaburan.

“Selama ini kita ada produk yang bersifat biasa, dan akan datang kita akan sediakan produk yang lebih berasaskan aset,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, seorang jururunding diumum sebagai pemenang kategori cabutan hadiah utama akaun pelaburan i-Rizq Plus dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.