Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Bantu anak muda Sarawak miliki lesen memandu – Gerald Rentap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Rentap ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), sini hari ini. 
Rentap ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), sini hari ini.

KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencadangkan kerajaan Sarawak menyediakan bantuan kewangan untuk belia mendapatkan motosikal atau lesen memandu.

Ketua Pemuda PBB Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, ia bagi membantu mereka berkecimpung dalam industri penghantaran makanan atau barangan seperti Grab food dan Foodpanda.

Daripada data yang diperolehi, katanya lebih kurang 4,0000 individu yang mendaftar untuk terlibat dalam penghantaran makanan dan barangan setiap tahun.

“Jadi, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan GPS menyediakan sedikit bantuan kewangan… mungkin RM300 setiap individu untuk anak-anak kita yang menyambut ulang tahun ke-17, dalam membantu mereka mendapatkan motosikal atau lesen memandu,” katanya.

Demikian kata Rentap yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan pada perasmian konvensyen Pemuda dan Wanita pada Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) PBB ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau turut menasihati golongan belia untuk terus bekerja keras dan bekerja secara bijak dalam era digital, jika tidak, teknologi seperti mesin atau robot serta pekerja asing akan mengambil alih pekerjaan dan peluang penduduk tempatan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk