ARTIKEL

Bantu B40, M40 di Sarawak beli rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd. (MUTIARA) meluluskan 1,499 permohonan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM93.129 juta setakat 31 Oktober lalu.


Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, setakat ini sejumlah RM75.562 juta telah diagihkan kepada 1,170 pembeli rumah dengan faedah tahunan 1 peratus untuk golongan B40 dan 3 peratus untuk M40.

“Sementara bagi tahun hadapan, sebanyak RM122 juta telah diperuntukkan dengan tujuan membantu golongan B40 dan M40 membeli rumah.

“Dalam pada itu, peruntukan sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan kepada MUTIARA, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Perumahan Sarawak (HDC) yang bakal memberi manfaat kepada 4,000 pembeli rumah.


Setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 902 permohonan telah diluluskan dengan dana berjumlah RM8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, di sini, semalam.

Mengulas lanjut ujarnya, di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kementeriannya melalui HDC telah diperuntukkan siling sebanyak RM262.8 juta untuk pelaksanaan 38 projek yang terdiri daripada 35 projek fizikal dan tiga projek bukan fizikal.

“Ia meliputi 35 projek pelaksanaan Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah SPEKTRA Permata (RSP) di Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Miri, Limbang serta pelbagai projek lain di Sibu dan Bintulu.

“Sementara tiga projek bukan fizikal adalah geran kewangan kepada MUTIARA termasuk untuk pengeluaran hak milik strata flat HDC dan keperluan perumahan dan kajian permintaan.

“Selain itu, sebanyak RM242.04 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan lapan projek rakyat yang terdiri daripada dua kerja-kerja menaik taraf infrastruktur di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Igan dan SPK Tian.

Di samping enam projek di bawah RSP dengan empat Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Kuching, Samarahan, Serian, Betong dan dua Skim Penempatan Semula (SPS) di Limbang dan Lawas,” jelasnya.


Mengenai Skim Pinjaman Rumah Panjang, ujarnya sejak 1978 hingga 15 November 2023, Kerajaan Persekutuan telah menyumbang RM250.96 juta dengan tambahan siling RM50 juta setiap tahun daripada Kerajaan Sarawak.

“Program ini telah memanfaatkan seramai 1,084 penduduk rumah panjang yang terdiri daripada 23,653 pintu dengan peruntukan sebanyak RM453.3 juta.

“Untuk tahun ini sejumlah 78 panjang rumah terdiri daripada 1,698 pintu telah diluluskan.
Manakala 287 rumah panjang terdiri daripada 5,702 pintu masih dalam senarai menunggu,” katanya lagi.

Dalam hal berlainan, katanya sebanyak 320 kes bagi tribunal untuk tuntutan pembeli perumahan dipengerusikan dan selesai sejak tiga tahun lalu di Daerah Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

“Terdapat 110 kes diselesaikan pada tahun 2020, 97 kes selesai pada 2021, 82 kes diselesaikan pada 2022 dan setakat ini 31 Oktober ini sebanyak 31 kes,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

128 rumah di Tasik Biru dapat bekalan air bersih

BAU: Sebanyak empat kampung melibatkan 128 buah rumah di konstituensi Tasik Biru bakal menikmati bekalan air bersih pada pertengahan tahun ini. Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai

BERITA TERBARU

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Pakar ramal 10 negara ini bakal lenyap

Perubahan iklim dipercayai memberi impak bukan kepalang kepada Bumi. Menjelang 2050, jika berterusan cuaca ekstrem ini dikatakan mampu menenggelamkan beberapa negara dan pulau dari peta