Bantu belia beli rumah pertama

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) berkata, Kerajaan Persekutuan dapat menyediakan peruntukan lebih besar di bawah Skim Perumahan Belia bagi Sarawak.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Dr Christopher Ngui berkata, pihaknya memohon Bank Negara Malaysia untuk memudahkan kelulusan pinjaman serta berharap lebih banyak bank akan memanjangkan skim RentTo-Own (RTO) ke Sarawak.

“Ia bagi membantu golongan muda dalam pembelian rumah pertama,” katanya pada Majlis Makan Malam Sheda yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, SHEDA menyokong penuh program perumahan mampu milik Sri Pertiwi yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak.

Katanya, lebih ramai ahli SHEDA akan terlibat dalam membangunkan Sri Pertiwi, selain di Matang dan Moyan. Beliau berkata, isu perumahan tidak terjual yang masih menjadi kerisauan utama di Malaysia disebabkan permintaan dan bekalan yang tidak seimbang dalam pasaran hartanah.

“Program HOC adalah satu inisiatif yang baik untuk mendorong kadar pengambilan unit kediaman yang tidak terjual,” katanya