ARTIKEL

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bantu kerajaan fokus bangunkan ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Kestabilan politik dalam negara pada masa ini membolehkan Kerajaan Perpaduan memberikan fokus terbaik untuk membangun dan mengembangkan ekonomi negara ke tahap lebih baik pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan terus menumpukan usaha untuk mempertingkatkan pelaburan domestik dan menarik lebih banyak pelaburan dari luar bagi merancakkan dan mengembangkan ekonomi negara.

“Fokus (kerajaan) kepada kekuatan ekonomi sama ada pelaburan domestik, pelaburan luar dan ini ada kaitan umpamanya dari segi tatakelola, kemudahan menjalankan perniagaan, kecepatan, kepantasan, kelulusan selain mengurangkan karenah birokrasi.

“Program ekonomi ini ada kaitan dengan isu yang saya sebut negara MADANI. Jadi keutamaan kita (pada tahun hadapan) mengurus negara ini, membetulkan, memperbaiki dan meningkatkan (ekonomi),” katanya dalam Sesi Dialog Perdana Menteri Bersama Ketua Pengarang serta Pengarang Kanan Media Elektronik, Cetak dan Dalam Talian, di sini semalam. Anwar berkata, selain itu kerjasama yang diterima daripada Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan juga secara tidak langsung membantu pentadbirannya lebih tersusun dan berkesan.

Perdana Menteri berkata walaupun pengalaman setahun menerajui pimpinan disifatkannya amat mencabar, namun beliau berbangga kerana jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan memberi kerjasama penuh.

“Langkah kita ambil sama ada tatakelola, menentang rasuah, menetapkan syaratsyarat ketelusan dalam perolehan dan program-program MADANI, ekonomi serta program lain tu nampak tidak menghadapi masalah,” katanya yang juga Menteri Kewangan. Selain ekonomi katanya, kerajaan juga memastikan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terus diperkasa di bawah sistem pendidikan negara. – Bernama 

LAIN-LAIN BERITA

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

BERITA TERBARU