KUCHING: Hospital Sentosa kini dalam usaha mengesan waris atau ahli keluarga kepada pesakit dikenali sebagai Liew Jong Hwa@ Hua dan Siaw Yew Kiaw @ Senah Abdullah.
Perkara tersebut disahkan menerusi kenyataan media dikeluarkan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Sentosa, Noor Shahida Baseri bertarikh 27 April lalu.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pesakit kini masih ditempatkan di hospital terbabit.
“Liew Jong Hwa@ Hua telah ditempatkan di Hospital Sentosa sejak 2008 lalu. Beliau berbangsa cina namun kad pengenalan dan alamat sebenar tidak diketahui.
“Manakala Siaw Yew Kiaw@ Senah Adbullah berusia sekitar 75 tahun juga tidak mempunyai sebarang dokumen identiti sah,” katanya.
Jelasnya, mereka yang mengenali pesakit tersebut diharap dapat hadir ke Hospital Sentosa atau menghubungi talian 082-612321 (sambungan 127) untuk tindakan lanjut.

2. Liew